Archive Page 2

01
Jul
10

GERMAN vs ARGENTINA

German akan berdepan dengan Argentina. Inilah game yang paling dinanti nantikan oleh peminat-peminat kedua pasukan ini. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Bagi Argentina khususnya Diego Maradona, beliau harus membuktikan kepada dunia bahawa beliau bukan sahaja seorang player yang hebat suatu waktu dahulu tetapi beliau juga seorang jurulatih yang mampu mengangkat maruah Argentina. Tetapi tidak semudah itu German boleh mengaku kalah. Apa-apa pun game malam itu bakal menyebabkan aku bersama geng-geng aku terutama aziz menghantuk kepala kedinding. Jangan marah aa..

01
Jul
10

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pertama tama kali aku nak wish Selamat Pengantin Baru untuk kawan aku Nik Mohd Azhar bin Nik Husin dengan pasangannya Farah (sori aku tak tahu name penuh) pada Ahad 4/7/10. Semoga kalian kekal bahagia keakhir hayat. Kalau aku tak dapat datang harap korang tak marah yea. Al maklum aku bz mcm perdana menteri hehehhehehe…

01
Jul
10

Lagenda Budak Setan


Seperti semua sedia maklum, filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel terlaris sepanjang zaman dengan tajuk sama karya Ahadiat Akasyah.

Filem ini diarahkan oleh Sharad Sharan. Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan aku, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskan chemistry antara mereka berdua.

Walaupun banyak adegan yang menunjukkan keintiman mereka sebagai pasangan kekasih pada awal filem, namun Lisa Surihani nampaknya sedikit kaku ketika bersama Farid Kamil.

Ini bukan kali pertama mereka digandingkan sebagai hero & heroin namun Farid Kamil & Lisa Surihani perlu mencari lagi formula rahsia mereka untuk mencipta hubungan unik ketika didepan kamera.

Kredit yang bagus patut diberikan kepada Que Haidar yang berjaya membawakan Azmi dengan sangat berkesan & menimbulkan rasa meluat dalam hati penonton.

Sebagai orang yang tidak membaca novel asal, aku menjangkakan yang filem ini akan di iringi oleh dialog yang bersahaja walaupun dalam suasana rommantik, namun apa yang kami terima adalah ayat ayat cliché ala zaman 80′an.

Apa-apa pun aku rate 4/5 untuk filem ni.Nantikan kesinambungannya.

18
Sep
09

Salam Syawal

hari raya
Alhamdulillah akhirnya hampir sempurna puasa selama sebulan dan semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20/9/09. Tapi pada waktu yang sama aku terasa sebak sangat, adakah aku akan dapat bertemu Ramadan tahun akan datang?.. adakah telah sempurna ibadah yang aku lakukan selama sebulan ni?…Apa-apa pun aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri pada semua umat Islam terutama kawan-kawan yang mengenali aku. Aku pun tak tau nak komen apa ari ni. Maaf Zahir Batin. Jangan nakal-nakal. Insya’allah berjumpa lagi.

22
Aug
09

buat wallpaper dengan Photovisi

photovisi
Web dimana kita boleh membuat gambar menjadi collages atau sebagai wallpapers PC atau laptop korang. Caranya amat mudah..pilih saje template collage yg diingini kemudian klik template tersebut.Kemudian korang buleh upload gambar dari dalam pc atau dari FLICKR. Kemudian klik upload. Lepas dah upload semua. Korang klik untuk continue dan korang boleh download image korang yang korang upload tadi. Selamat mencuba.
download-800x600
Photovisi(Klik sini)

21
Aug
09

Selamat datang Ramadan 1430H

ramadhan2
Alhamdulillah sempat juga kita bertemu Ramadan untuk tahun 2009 nih. Aku pun macam orang laen gak nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan semoga Ramadan kali ni memberi kita keberkatan dan keampunan. Insya’allah. Kepada kawan-kawan yang mengenali aku, aku nak berpesan pada diri aku dan korang juga, try yang terbaik untuk Ramadan kali ini, mana tahu tak sempat nak berjumpa Ramadan seterusnya. Takbirr!!!

19
Aug
09

Mp3 untuk dimuat turun

Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan Wali Band ni, sampai lah 1 hari kawan baik aku Azhar yang bluetooth lagu ni kat hp aku. Kali pertama aku dengar lagu ni aku tergelak besar sebab liriknya. Aku tahu kenapa kawan aku tu kasi lagu ni kat aku. hahahha…Not bad la. enjoy.

Wali Band – cari jodoh (Download)
Rihanna ft Lady Gaga – Silly Boy (Download)
Lily Allen – Not Fair (Download)