27
Dec
11

Ombak Rindu

Image

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

21
Nov
11

Harimau mengaum di sukan SEA Indonesia

image

JAKARTA, 21 Nov (Bernama) — Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-26 selepas menundukkan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh 90 minit dan masa tambahan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam Isnin.

Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 3-3 sebelum itu.

Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.

Beraksi di hadapan lebih 100,000 lautan merah putih, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan gol lawan seawal minit keempat menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan Dwi Cahayo.

Ia berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kiri gawang negara yang diambil oleh pemain tengah Octovianus Maniani sebelum Gunawan mudah menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut menyaksikan penyokong tuan rumah bersorak girang dengan jaringan pembukaan itu.

Walaupun tertekan dengan jaringan awal tersebut, anak didik Ong Kim Swee jelas tidak mudah mengalah dan melajukan rentak dengan mengatur beberapa serangan menerusi gandingan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu, namun tagihan aksi negara masih belum panas.

Pada minit ke-16, skuad negara dikejutkan dengan jaringan kedua Indonesia namun pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang dianggap ‘offside’.

Barisan pertahanan yang dilihat longgar memudahkan Octovianus Maniani melorongkan bola kepada Titus, pemain kelahiran Papua New Guinea itu.

Kesungguhan Malaysia dapat dilihat apabila banyak peluang negara terhidang. Malah kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Aksi trio penyerang sensasi tuan rumah Octovianus, Patrich Wanggai dan Titus sering kali cuba menguji penjaga gawang Malaysia menerusi percubaan jarak jauh dan gerakan serang balas dan Khairul Fahmi nyata lebih bekerja keras pada malam ini.

Asraruddin Putra Omar berjaya memecah kebuntuan penyamaan gol pada minit ke-33 menerusi tandukannya yang mudah membolosi gawang, lawan hasil hantaran cantik daripada Baddrol di luar kotak penalti.

Terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Khairul Fahmi dan pemain pertahanan perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia ketandusan idea, Kim Swee memasukkan Muhd Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan K. Gurusamy pada minit ke-77 dan Yong Kuong Yong menggantikan Thamil Arasu selang tiga minit kemudian.

Ini ternyata merupakan percaturan yang baik di mana Muhd Nazmi dan Yong bersama Mohd Irfan serta Baddrol banyak mengucar-kacirkan barisan belakang Indonesia yang dilihat kian goyang.

Baddrol yang juga merupakan perancang utama skuad negara hampir menambah gol hasil sepakan percuma kaki kanannya namun percubaan tersebut sedikit tersasar hingga menggusarkan Kurnia.

Permainan yang terikat seri 1-1 dipaksa berlarutan kepada 120 minit masa tambahan memaksa kedua-dua pasukan rancak menyerang balas namun masih tiada penyudah yang berkesan oleh kedua-dua negara hinggalah terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada negara.

Octovianus dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan malam ini.

Sementara itu penentuan pingat gangsa menyaksikan Myanmar membelasah naib juara edisi 2009, Vietnam 4-1 pada aksi sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia di stadium yang sama.

— BERNAMA

05
Nov
11

Seksualiti Merdeka wujud sejak 2008?

image

image

image

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak Perdana Menteri dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.

“Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

“Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini,” petik kenyataan itu.

Program ‘Seksualiti Merdeka 2011’ dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery dengan tema ‘queer without feer’. Ia dikatakan bertjuan memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender – LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak yang membuat laporan polis, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Khamis lalu mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur ‘Seksualiti Merdeka’ yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

Bagi PMUKM, program sebegini yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

“Kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia.

“Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ruum ayat 21,” petuk kenyataan itu lagi.

Justeru, PMUKM mendesak semua pihak supaya tidak lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak akan tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia,” akhiri kenyataan itu.

Sumber dari Malaysiakini

04
Nov
11

SEKSUALITI MERDEKA 2011 DIHARAMKAN

Aku nak ulas sikit berhubung pandangan mengenai program Seksualiti Merdeka 2011, di sini dan sepatutnya bermula semalam sehingga 13 November ini.

Terkini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu bercanggah dengan nilai budaya, adat resam, agama dan undang-undang Malaysia. Pada masa sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap penganjur program yang bermatlamat mengiktiraf pengamal seks songsang di Malaysia. Mereka sudah berani tanpa segan silu menuntut hak mereka diterima masyarakat. Aku rasa manusia sekarang benar-benar sudah gila. Yang menjadi kemarahan, adalah bilamana pesertanya ada dari kalangan orang Islam. Memang sudah gila agaknya.

Yang menambah kehairanannya bilamana Sister in Islam menyokong program ini dan menyifatkan tindakan polis menghalang program tersebut sebagai tindakan yang salah. Aku cuba muhasabah diri aku sendiri, barangkali semua ini terjadi ada kaitan dengan kelemahan sistem undang-undang negara kita. Sehingga golongan ini sudah berani mempamerkan sifat kebiadapan mereka.

11
Jul
10

German juara tempat ke3

PASUKAN Jerman meraikan kejayaan memenangi tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2010 menentang Uruguay di Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Jerman menang 3-2. Jerman mendahului jaringan melalui Thomas Mueller pada minit ke-19 sebelum Uruguay menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi gol Edinson Cavani. Sami Khedira memastikan Jerman memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2010 apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

– Foto AP

07
Jul
10

Kata-kata Hitler

Nama yang cukup sinonim dengan kita apatah lagi bagi rakyat Jerman. Seorang pemimpin parti National Socialist German Workers atau lebih famous dikenali sebagai Nazi. Beliau menguasai Jerman setelah partinya menang bermula dari tahun 1933-1945. Jika ditanya kepada rakyat Jerman tentang Hitler, rata-rata mereka pasti membencinya…Hitler dianggap sebagai perosak negara. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” Sesuai sekali…

Apa yang dilakukan Hitler terhadap Yahudi memberi imej buruk kepada Jerman. Jerman dianggap sebagai penjenayah dunia kerana melakukan jenayah perang.

Hitler dikecam hebat masyarakat dunia….kononnya melakukan jenayah perang dengan menghapuskan sesebuah kaum; holocaust. Kini, Yahudi melakukan perkara yang sama seperti Hitler lakukan….dengan menyerang Palestin berkali-kali, membunuh kanak-kanak, wanita mengandung, orang tua dan ramai lagi orang tidak berdosa yang menjadi sasaran bedilan tidak berperikemanusiaan anjing Yahudi. Malah terang-terangan Yahudi mencabar masyarakat antarabangsa yang menyokong Palestian. Bukankah itu holocaust????

Persoalannya….apa yang dunia lakukan? Dimana letaknya keadilan? Apa peranan PBB? Pemegang anugerah nobel keamanan….apakah peranannya?

Secara jujur aku menyokong kata-kata Hitler…
“I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them”
(Adolf Hitler)………



05
Jul
10

Don’t cry for me Argentina

Dont cry for me Argentina… Itulah nyanyian sedih Maradona bersama pasukan Argentina setelah mereka tumpas 0-4 kepada German. Siapa sangka pasukan Argentina yang berkelip-kelip bintang tewas kepada barisan mudah mentah German yang rata-rata berumur 21 ke bawah.

Lionel Messi dan Carlos Tevez pemain harapan Argentina gagal menembusi benteng kebal Argentina. Malah benteng pertahanan Argentina terlalu rapuh hingga Germany berjaya menjaringkan 4-0 tanpa balas. Dengan kemenangan ini maka Germany adalah pasukan pilihan untuk menjuarai World Cup 2010 ini. Walau bagaimana pun sukar untuk ditentukan pasukan mana yang bakal menjuarai… German … Belanda .. atau pun Spain. Sama-sama lah kita lihat nanti.